Sekolah Kebangsaan Seri Kuala merupakan
sebuah sekolah rendah yang terletak di Kota Kuala, Muda, Kedah. Jumlah keseluruhan
pelajar ialah sebanyak 384 orang murid dan semua beragama Islam. Oleh
yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan menjalankan
aktiviti Agama dan J-Qaf. Buat masa sekarang, surau hanyalah sebuah bilik
darjah yang kecil dan tidak mampu menampung pelajar yang ramai. Melihat
kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua
pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan
sebuah surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak
terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi
membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi
tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan
menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama
di samping memupuk dan membina akhlak yang baik.
Pembinaan Surau
Bangunan Surau ini akan dilengkapi dengan ruang solat dan
utiliti asas seperti tempat wuduk dan tandas. Buat masa ini, dana yang
terkumpul melalui sumbangan orang ramai belum mencukupi untuk memulakan
pembinaan surau ini. Secara keseluruhannya, kos pembinaan Surau ini dianggarkan
sebanyak RM 100, 000.00. Jawatankuasa Pembinaan Surau masih berusaha
mengumpulkan dana bagi memastikan pembinaan Surau ini berjaya dan dapat
dilengkapi dengan kemudahan asas.
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK
TRANSFER, ONLINE BANK IN, CEK, KIRIMAN WANG atas nama PIBG SEK KEB SERI
KUALA
( No. Akaun : 8602012475 , BANK CIMB )
Untuk Maklumat sila hubungi pejabat sekolah ditalian 04-4377221
Assalammualaikum wbt.
BalasPadamUtk makluman dana pembinaan surau masih belum mencukupi. Diharapkan sumbangan tuan/puan dalam menjayakan pembinaan surau ini.