Rabu, 23 Mac 2016

SUMBANGAN DANA PEMBINAAN SURAU


Sekolah Kebangsaan Seri Kuala merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kota Kuala, Muda, Kedah. Jumlah keseluruhan pelajar  ialah sebanyak 384 orang murid dan semua beragama Islam. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan menjalankan aktiviti Agama dan J-Qaf. Buat masa sekarang, surau hanyalah sebuah bilik darjah yang kecil dan tidak mampu menampung pelajar yang ramai. Melihat  kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan membina akhlak yang baik.


Pembinaan Surau

Bangunan Surau ini akan dilengkapi dengan ruang solat dan utiliti asas seperti tempat wuduk dan tandas. Buat masa ini, dana yang terkumpul melalui sumbangan orang ramai belum mencukupi untuk memulakan pembinaan surau ini. Secara keseluruhannya, kos pembinaan Surau ini dianggarkan sebanyak RM 100, 000.00. Jawatankuasa Pembinaan Surau masih berusaha mengumpulkan dana bagi memastikan pembinaan Surau ini berjaya dan dapat dilengkapi dengan kemudahan asas. 


Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK TRANSFER, ONLINE BANK IN, CEK, KIRIMAN WANG atas nama PIBG SEK KEB SERI KUALA
( No. Akaun : 8602012475 , BANK CIMB )

Untuk Maklumat sila hubungi pejabat sekolah ditalian 04-4377221